Wednesday, September 11, 2019

Panduan Mencuci Muka Menggunakan Sabun Aura


PANDUAN MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN



Kerapkali  kita terdedah kepada persekitaran yang kotor berhabuk, asap kereta dan cuaca panas .  Oleh itu kita perlu mencuci muka setiap hari untuk menghilangkan minyak, bakteria, solekan,kotoran dan sel-sel kulit mati dimuka untuk  pastikan liang-liang roma tidak tersimbat dengannya.  Membasuh muka dengan air sahaja membuang hanya kira kira 65 peratus minyak dan kotoran menurut  Panduan Penjagaan Kulit Edisi Kanada.  Jadi kita harus menggunakan sabun untuk membersihkan muka supaya bebas dari jerawat,  jeragat,  kulit kusam dan masalah kulit yang lain.

WalauPUN digunakan dengan betul, sabun boleh mengakibatkan kerengsangan, kekeringan, gatal gatal dan kesan sampimgan.  Ketahuilah cara mencuci muka dengan sabun yang direka khas untuk jenis kulit kita dan keperluan penjagaan kulit yang khusus.

Tarik rambut kita dari wajah dan dengan ikatan kepala atau cekak rambut.  Ini akan membolehkan wajah dicuci  seluruhnya.  Basuh wajah dengan air biasa, penggunaan air panas akan mengeringkan kulit dan menyebabkan kerosakan tisu dan kapilari.  
Gosokkan sabun dengan lembut terus kemuka.  Bagi yang mempunyai jerawat sebaiknya gosok sabun di kedua tapak tangan hingga berbuit halus sebelum disapukan kemuka. 
Urut muka dengan lembut dan berhati hati menggunakan pergerakan menegak dengan menggunakan jari sekurang-kurangnya 1 ke 2 minit. Elakkan dari buih sabun terkena pada muka. Bilas wajah dengan air biasa hingga bersih seluruhnya dan lap dengan tuala yang bersih dan lembut.

Selanjutnya terus gunakan serum diikuti dengan krim pelembab / krim siang sebelum menyapu krim pelindung matahari dan diakhiri dengan solekan.








Friday, September 6, 2019

KHASIAT KAYU MANIS




KAYU MANIS atau nama kimianya Cinnamomum verum didapatkan  dari pokok kayu manis.  Ia bukan saja merupakan  bahan yang sering digunakan dalam masakan malah telah lama digunakan dalam produk kecantikan dan perubatan tradisional.  Digunakan dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, ekstrak dan minyak
Ada empat jenis kayu manis, iaitu kayu manis Indonesia, kayu manis Saigon, kayu manis Cassia dan kayu manis Ceylon.
Bila campur dalam makanan dan minuman,  sifatnya yang anti oksidan dapat  membantu dalam memerangi kerusakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit seperti radang sendi, demensia, diabetes dan banyak lagi.
Berikut adalah khasiat kayu manis dalam menangani masalah kulit 
1.  Kayu manis sangat ampuh untuk jerawat
Kayu manis adalah bersifat anti bakteria sebab itu ia sangat baik untuk membantu mengubati jerawa dan menghalangnya dari terus tumbuh.


2.  Kayu manis dapat mencerahkan  dan menghaluskan kulit
Kayu manis memiliki sifat pencerah kulit. Serbuk kayu manis yang digunakan dalam sabun dan scrub dapat membantu menghilangkan bekas jerawat, noda, bekas dan bintik-bintik hitam. malah sekaligus kulit semakin licin dan berseri

3. Kayu manis dapat mengurangkan kedutan
Kayu manis membantu melancarkan aliran darah ke permukaan kulit, sehingga kayu manis ini dapat membantu menghilangkan garis-garis halus pada wajah.
Campurkan minyak  cengkih dan madu yang dioleskan kemuka secara konsisten dapat mengurangkan kedutan dimuka.





Sabun Aura Improved Formula Premium Quality

Ini Dia Sabun Aura "Improved Formula Premium Quality" yang sekian lama ditunggu oleh pengguna tegar Sabun Aura terdahulu. Melalui ...