Ada empat jenis kayu manis, iaitu kayu manis Indonesia, kayu manis Saigon, kayu manis Cassia dan kayu manis Ceylon.
Bila campur dalam makanan dan minuman, sifatnya yang anti oksidan dapat membantu dalam memerangi kerusakan yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit seperti radang sendi, demensia, diabetes dan banyak lagi.
Berikut adalah khasiat kayu manis dalam menangani masalah kulit
1. Kayu manis sangat ampuh untuk jerawat
Kayu manis adalah bersifat anti bakteria sebab itu ia sangat baik untuk membantu mengubati jerawa dan menghalangnya dari terus tumbuh.
2. Kayu manis dapat mencerahkan dan menghaluskan kulit
Kayu manis memiliki sifat pencerah kulit. Serbuk kayu manis yang digunakan dalam sabun dan scrub dapat membantu menghilangkan bekas jerawat, noda, bekas dan bintik-bintik hitam. malah sekaligus kulit semakin licin dan berseri
3. Kayu manis dapat mengurangkan kedutan
Kayu manis membantu melancarkan aliran darah ke permukaan kulit, sehingga kayu manis ini dapat membantu menghilangkan garis-garis halus pada wajah.
Campurkan minyak cengkih dan madu yang dioleskan kemuka secara konsisten dapat mengurangkan kedutan dimuka.
No comments:
Post a Comment