Wednesday, September 11, 2019

Panduan Mencuci Muka Menggunakan Sabun Aura


PANDUAN MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN



Kerapkali  kita terdedah kepada persekitaran yang kotor berhabuk, asap kereta dan cuaca panas .  Oleh itu kita perlu mencuci muka setiap hari untuk menghilangkan minyak, bakteria, solekan,kotoran dan sel-sel kulit mati dimuka untuk  pastikan liang-liang roma tidak tersimbat dengannya.  Membasuh muka dengan air sahaja membuang hanya kira kira 65 peratus minyak dan kotoran menurut  Panduan Penjagaan Kulit Edisi Kanada.  Jadi kita harus menggunakan sabun untuk membersihkan muka supaya bebas dari jerawat,  jeragat,  kulit kusam dan masalah kulit yang lain.

WalauPUN digunakan dengan betul, sabun boleh mengakibatkan kerengsangan, kekeringan, gatal gatal dan kesan sampimgan.  Ketahuilah cara mencuci muka dengan sabun yang direka khas untuk jenis kulit kita dan keperluan penjagaan kulit yang khusus.

Tarik rambut kita dari wajah dan dengan ikatan kepala atau cekak rambut.  Ini akan membolehkan wajah dicuci  seluruhnya.  Basuh wajah dengan air biasa, penggunaan air panas akan mengeringkan kulit dan menyebabkan kerosakan tisu dan kapilari.  
Gosokkan sabun dengan lembut terus kemuka.  Bagi yang mempunyai jerawat sebaiknya gosok sabun di kedua tapak tangan hingga berbuit halus sebelum disapukan kemuka. 
Urut muka dengan lembut dan berhati hati menggunakan pergerakan menegak dengan menggunakan jari sekurang-kurangnya 1 ke 2 minit. Elakkan dari buih sabun terkena pada muka. Bilas wajah dengan air biasa hingga bersih seluruhnya dan lap dengan tuala yang bersih dan lembut.

Selanjutnya terus gunakan serum diikuti dengan krim pelembab / krim siang sebelum menyapu krim pelindung matahari dan diakhiri dengan solekan.








No comments:

Post a Comment

Sabun Aura Improved Formula Premium Quality

Ini Dia Sabun Aura "Improved Formula Premium Quality" yang sekian lama ditunggu oleh pengguna tegar Sabun Aura terdahulu. Melalui ...